Senin, 04 Januari 2010

Perihal Zikir

Dzikir di mana umat berkumpul biasanya sama-sama menyebut dan memuji Allah s.w.t. dan bersholawat serta bermunajat l ialah hadits shohih riwayat Imam al-Bukhari dalam "Shohih"nya pada "Kitab ad-Da`awaat" yang diriwayatkan daripada Qutaibah bin Sa`iid daripada Jariir daripada al-A'masy daripada Abu Sholih daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. di mana diriwayatkan bahawa:-

Rasulullah s.a.w. bersabda:-

"Bahawasanya Allah mempunyai malaikat-malaikat yang tugas mereka ialah mengelilingi segenap pelosok bertujuan mencari ahli dzikir. Maka apabila mereka menemui satu kaum (yakni satu kumpulan manusia) yang sedang berdzikrullah, mereka pun berseru sesama sendiri (yakni sesama malaikat tadi): "Marilah kepada hajat (tuntutan / tujuan) kamu (yakni tugas mereka mencari ahli dzikir tadi)"

"Maka malaikat-malaikat tersebut menyelubungi mereka (yakni kaum yang berdzikir itu) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia."

"Lalu Tuhan mereka bertanya kepada para malaikat tersebut, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: "Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?" Para malaikat menjawab: "Mereka bertasbih kepadaMu, bertakbir kepadaMu, bertahmid kepadaMu, bertamjid kepadaMu (mengagungkan Allah)."

"Maka Allah berfirman: "Adakah mereka melihatKu?"

"Lalu para malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu."


"Maka Allah berfirman: "Dan bagaimana jika sekiranya mereka melihatKu?"


"Para malaikat itu berkata: "Jika sekiranya mereka melihatMu, nescaya jadilah mereka lebih kuat beribadah keranaMu, lebih kuat bertamjid keranaMu dan lebih banyak bertasbih keranaMu."

"Allah berfirman: "Lalu apakah yang dipohon mereka kepadaKu?"

"Para malaikat menjawab: "Mereka memohon kepadaMu akan syurga."

"Allah berfirman: "Dan adakah mereka melihatnya (yakni melihat syurga)?"

"Para malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatnya."

"Allah berfirman: "Maka bagaimana jika sekiranya mereka melihatnya?"

"Para malaikat menjawab: "Jika sekiranya mereka melihatnya, nescaya sangat berkehendaklah mereka kepadanya, lebih sungguh-sungguh memohonnya dan lebih besar keinginan terhadapnya."

"Allah berfirman: "Lalu dari apa mereka memohon perlindungan?"

"Para malaikat menjawab: "Daripada api neraka."

"Allah berfirman: "Dan adakah mereka melihatnya?"

"Para malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatnya."

"Allah berfirman: "Maka bagaimana jika sekiranya mereka melihatnya?"

"Para malaikat menjawab: "Jika sekiranya mereka melihatnya, nescaya jadilah mereka lebih kuat melepaskan diri daripadanya dan lebih takut lagi."

"Maka berfirmanlah Allah: "Maka Aku persaksikan kamu bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka."

"Berkata satu malaikat daripada malaikat-malaikat tersebut: "Di antara mereka (yakni antara kaum yang berdzikir itu) ada fulan (yakni orang) yang bukan daripada kalangan mereka, sesungguhnya dia datang kerana sesuatu hajat keperluannya." Allah berfirman: " Mereka sekalian adalah kaum/kumpulan yang tidak celaka orang yang ada bersama mereka."


اللهم اجعلنا من الذاكرين لك كثيرا

"Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang yang banyak berdzikir kepadaMu"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan Klik Comment untuk komentar dan pertanyaan Anda. TERIMAKASIH.