ALLAH SWT berfirman; Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. [Al Baqarah ayat 186]
ALLAH SWT berfirman; Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadanya, dan menghapuskan kesusahan. [An Naml ayat 62]
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya ALLAH berfirman;
Sesungguhnya Aku berada di dalam sangkaan hambaKU
(AKU akan bermuamalah dengannya sebagaimana yang dia sangkakan terhadapKU) dan
AKU bersama dengannya ketika dia berdoa kepadaKU.
[Hadis riwayat Muslim]
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda;
Berdoalah kamu kepada ALLAH dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya ALLAH tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain ALLAH.
[Hadis riwayat Tirmizi]
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi.
[Hadis riwayat Hakim]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan Klik Comment untuk komentar dan pertanyaan Anda. TERIMAKASIH.